Assalamualaikum...
Entri kali ini serius sedikit. Hehe.. Berkaitan mase hadapan kita..
Are we prepared for our future?
Soalan paling common la kan.. Sama ade bersedia future di dunia atau future di akhirat kan.
Dalam entry ni nak share pasal yang kat dunia la.
Financially are we prepared..?? Rase nya dengan duit gaji yang kita dapat setiap bulan berapa yang kite simpan? Di mana kita simpan? Is the money GROWING or not? Does it really grow?? Cukup ke duit yang kita simpan menampung kehidupan kita? Who can predict the future accurately? Siapa jamin kita akan sihat selamanya? Banyak persoalan.. Semua benda pun uncertain.
Tapi bagaimana kite boleh mengawal/ mitigate/ control/ plan for our future? Sebagai contoh:
PERTAMA:
Kita ade anak yang masih kecil.. Anak ini dididik dengan baik dan pada umur 18 tahun beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Parents mana yang tak bangga anak mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Walaubagaimanapun harapan anak ini musnah akibat kekangan kewangan yang dihadapi oleh keluarga. Sebagai parents masa ini ke nak menyesal tak amek education plan untuk anak? Siapa harus dipersalahkan?
KEDUA:
Anda menyimpan duit setiap bulan di dalam institusi kewangan yang memberi pulangan yang minima (7-9%). Anda rasa cukup la untuk simpanan masa hadapan atau kecemasan. Tiba-tiba anda ditimpa sakit dan dimasukkan ke hospital. Bill perlu dibayar RM5000. Mungkin bagi anda takde la mahal mana, tapi ade yang berdetik banyak tuh duit simpanan nak keluarkan. Susut simpanan anda tidak semena2. Tapi bagaimana pula jika ade rawatan susulan? Siapa yang perlu bayar? Cukup ke duit simpanan anda? Berapa lama duit simpanan bertahan?
KETIGA:
Menabung amalan mulia. Dengan konsisten anda simpan duit setiap bulan RM300 di institusi kewangan yang memberi pulangan antara 7%-9%. Dalam setahun dapatla keuntungan RM252. Tetapi tanpa disedari virus duit iaitu inflasi telah menyusutkan lagi nilai wang tersebut. Seperti yang dilaporkan kadar inflasi national adalah sebanyak 3.2%. Namun peningkatan harga minyak sebanyak 10% telah men'trigger' semua harga barang naik. Boleh dikatakan kesemua harga barang juga naik sebanyak 10%. Ini bermakna kadar inflasi adalah 10%. Kuasa membeli semakin menurun.. Apa makna dapat dividen 7%-9% jika inflasi adalah 10%? Your money is not growing. No gain at all. Perlu ke kita bekerja selepas bersara nanti? Cukup ke duit simpanan kita menampung perbelanjaan kita sehingga akhir hayat?
Cukup kot contoh kat atas buat kite tersentak seketika dan kembali normal seperti biasa...hehehe.
Fikir-fikirkan lah..
Sekian, Bye...
No comments:
Post a Comment