Wednesday, January 29, 2014

Kalori ooooOOh Kalori

Assalamualaikum...

Sekarang ni semua orang kat opis aku belumba-lumba pergi ke gym.. Tapi ape kan daya saya tak mampu nk follow diorang. Jeles taw orang lain boleh workout setiap hari but me??? Menternak lemak setiap mase. Hahaha..

Ok..Nak cerita ade satu apps baru yang dilancarkan oleh KKM untuk kemudahan Rakyat 1Malaysia.
Apps ni boleh di install dalam smart phone anda..Tapi buat mase sekarang android je yang boleh iphone blom dapat approval kata nyeeeee..

Apakah fungsi apps yang macam bagus ni?? Hahahaha..

Apps ini boleh digunakan untuk mengira berapa banyakkah kalori yang perlu kita ambil sehari mengikut umur, tinggi, berat dan aktiviti harian kita. Sebagai pengguna haruslah jujur pada diri sendiri yea..Jangan la letak berat or tinggi yang tipu-tipu. Nanti tak berhasil kalo anda berusaha untuk kurus dan sihat.

Selain itu, menggunakan apps ni dapat membantu kita untuk mengira berapakah kadar kalori yang kita telah ambil.. Wow!!! macam terer je kan.. Mesti tertanya2 macam mana kaedah nya. Mari lihat contoh... :)
Ini contoh kalo makan lontong.. dia bagi taw berapa banyak kalori dan dia bagi cara nak bakar macam mana :D
 
Ini makan nasi ayam.. Lepas makan berenang la 77minit.. :)

Ok lepas semput swimming buat bubble.. Thats the art of swimming..Bagi pembace-pembaca yang belum reti berenang ape lagi, terjun je dalam pool buat berenang buaya..hahahaha. (mementang aku pandai berenag kn..berenang katak je pn.bukan kuak dada ke kuak lentang..ngeee)

Ok la, bagi pembace-pembace yang ingin memdapatkan aplikasi ini boleh la pegi kat play store masing2 yea..Its free..Dapat membantu kita mengawal pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat..

Sekian saja dari meja pengarang...Jumpa lagi..Bye...

Tuesday, January 28, 2014

Masa Hadapan

Assalamualaikum...

Entri kali ini serius sedikit. Hehe.. Berkaitan mase hadapan kita..

Are we prepared for our future?
Soalan paling common la kan.. Sama ade bersedia future di dunia atau future di akhirat kan.
Dalam entry ni nak share pasal yang kat dunia la.

Financially are we prepared..?? Rase nya dengan duit gaji yang kita dapat setiap bulan berapa yang kite simpan? Di mana kita simpan? Is the money GROWING or not? Does it really grow?? Cukup ke duit yang kita simpan menampung kehidupan kita? Who can predict the future accurately? Siapa jamin kita akan sihat selamanya? Banyak persoalan.. Semua benda pun uncertain.

Tapi bagaimana kite boleh mengawal/ mitigate/ control/ plan for our future? Sebagai contoh:

PERTAMA:
Kita ade anak yang masih kecil.. Anak ini dididik dengan baik dan pada umur 18 tahun beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Parents mana yang tak bangga anak mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Walaubagaimanapun harapan anak ini musnah akibat kekangan kewangan yang dihadapi oleh keluarga. Sebagai parents masa ini ke nak menyesal tak amek education plan untuk anak? Siapa harus dipersalahkan?

KEDUA:
Anda menyimpan duit setiap bulan di dalam institusi kewangan yang memberi pulangan yang  minima (7-9%). Anda rasa cukup la untuk simpanan masa hadapan atau kecemasan. Tiba-tiba anda ditimpa sakit dan dimasukkan ke hospital. Bill perlu dibayar RM5000. Mungkin bagi anda takde la mahal mana, tapi ade yang berdetik banyak tuh duit simpanan nak keluarkan. Susut simpanan anda tidak semena2. Tapi bagaimana pula jika ade rawatan susulan? Siapa yang perlu bayar? Cukup ke duit simpanan anda? Berapa lama duit simpanan bertahan?

KETIGA:
Menabung amalan mulia. Dengan konsisten anda simpan duit setiap bulan RM300 di institusi kewangan yang memberi pulangan antara 7%-9%. Dalam setahun dapatla keuntungan RM252. Tetapi tanpa disedari virus duit iaitu inflasi telah menyusutkan lagi nilai wang tersebut. Seperti yang dilaporkan kadar inflasi national adalah sebanyak 3.2%. Namun peningkatan harga minyak sebanyak 10% telah men'trigger' semua harga barang naik. Boleh dikatakan kesemua harga barang juga naik sebanyak 10%. Ini bermakna kadar inflasi adalah 10%. Kuasa membeli semakin menurun.. Apa makna dapat dividen 7%-9% jika inflasi adalah 10%? Your money is not growing. No gain at all. Perlu ke kita bekerja selepas bersara nanti? Cukup ke duit simpanan kita menampung perbelanjaan kita sehingga akhir hayat?

Cukup kot contoh kat atas buat kite tersentak seketika dan kembali normal seperti biasa...hehehe.

Fikir-fikirkan lah..

Sekian, Bye...

Tuesday, January 21, 2014

Erin (..life after "i do") First Giveaway

Assalamualaikum....

Pertama kali nak join GA ni..hehehe..
GA ni dari blog Erin(...life after "i do")..
Harap-harap menang dapat la Razin hadiah!!


TEMA GIVEAWAY
 Daddy and Baby Cool


SYARAT PENYERTAAN
Mode garang is on! keskes
1)  Follow blog ..life after "i do"   :tup
2)  Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway    :tup
3)  Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu.  :tup

4)  Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)  :tup
5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.   :tup
6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha     :tup

7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.  :tup

8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu  :tup
9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini. :tup :tup




























Suami paling cool a.k.a papa paling cool di seantero dunia (over je xP) jatuh kepada......

   :party  :party  :party                     :fire       ....oooops





Ni la daddy, daddy cool... Sebab papa bagi mama chance makan dengan tenang dan lahap sementara papa take care of Razin.. Papa sanggup makan sebelah tangan untuk jaga razin... Wow!!! cool sangat ok!

Harap-harap gambar ni mendatangkan tuah.. Yeah!

All the best to all yang join..

Bye



Monday, January 20, 2014

Review: Mini Rice Cooker

Assalamualaikum...

Hari ini productive nyee rasa..hahaha
Kije hakiki dah siap, blog satu post dh published ni lagi satu ngah tulis.. :)

Ni nak cerita pasal rice cooker mini beli kat KSL Johor Bahru. Tapi booth buka sementara je rase nye mase aku beli. Kalo korang nak cari google je InsyaAllah jumpa punya. Haritu aku pun ade nampak mini rice cooker ni kat HOMEFAiR di Persada Johor.

Mase aku beli harga dia RM98 ke RM99 ntah. Tapi not more than RM100 la.. Murah dan berbaloi u'olls. Ok antara kebaikan mini rice cooker ni ialah :

  1. Masak bubur ngan mudah dan cepat (30 minit je)
  2. Ringan dan boleh bawak ke mana2
  3. Comel dan cantik (ade smiley kat tutup)
  4. Senang dicuci ( xyah sental2 sebab bubur melekat)
  5. Bleh kukus skali
  6. dan lain-lain :D
Kupu-kupu Hijau

Smiley :)



Itu bubur hancur untuk razin


Kesimpulan nya mini rice cooker ni amat membantu aku yang bekerja ni dan masak untuk anak setiap hari. Anda xperlu nak sangai beras then blend or tumbuk halus. Just sukat, basuh, masak !!!
 /nobigdeal . Mudah kan? Harap entry kali ini membantu para ibu yang bekerja dan menjaga kemaslahatan anak comel-comel kita..

Mama and Razin interframe


Sekian, bye /bye



Sunday, January 19, 2014

News update: Kebakaran sebelah warong Pokok Cherry

Salam sejahtera buat semua..

Haaa nak update ni.. Ade kebakaran berlaku di depan Persada Johor International Convention Centre.
Punca kebakaran admin xdapat info lagi. Start terbakar awal jam 9 pagi.

Kebakaran ini menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan depan Jalan Abdullah Ibrahim. Ini adalah kerana rakyat Malaysia yang prihatin.

Mari view gambar kejadian



Ni daripada atas Menara Ansar plak. Sejam selepas kejadian..


Tetiba kakak propa..

bye....